Tuesday, March 16, 2010

Hayatilah dengan hati....

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur. Lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu, si ibu segera mengesatkan tangannya di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1. Tolong pergi kedai : RM4.00
2. Tolong jaga adik : RM 4.00
3. Tolong buang sampah : RM 1.00
4. Tolong kemas bilik : RM 2.00
5. Tolong siram bunga : RM 3.00
6. Tolong buang sampah : RM 3.00
Jumlah RM 17.00

Selesai membaca ibu tersenyum memandang si anak sambil memikirkan sesuatu yang belegar-legar di mindanya. Lalu si ibu mengambil sebatang pen dan menulis sesuatu dibelakang kertas yang sama.

1. Kos mengandungkan selama 9 bulan : PERCUMA
2. Kos berjaga malam kerana menjagamu : PERCUMA
3. Kos air mata yang menangis keranamu : PERCUMA
4. Kos kerunsingan kerana membimbangkanmu : PERCUMA
5. Kos menyediakan makan, minum, pakaian dan segala keperluanmu : PERCUMA
Jumlah keseluruhan nilai kasihku PERCUMA

Lalu air mata si anak berlinang selepas membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah si ibu lalu memeluk dan berkata, "SAYA SAYANG IBU". Kemudian si anak menulis "TELAH DIBAYAR" pada muka surat yang sama ditulisnya...

No comments:

I loVe musiC

mukabuku Cik Ayra

mukabuku Cik Ayra II